facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

"Andai Ada Berita Gembira, Nanti Saya Maklumkan"



Biarpun masih tiada kesahihan berita ini namun dikhabarkan Fizo Omar bakal menjadi bapa tidak lama lagi apabila berita isterinya, Mawar Karimhamil tersebar. Bagaimanapun apabila ditanyakan, Fizo memaklumkan beliau masih belum membuat pemeriksaan di Hospital.
“Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi. Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini. tapi itulah saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor”
“InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor. Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik,” jelasnya kepada m Star Online.
Kalau masih ingat sekitar awal tahun lalu, pasangan ini pernah dikatakan bakal menimang cahaya mata selepas Fizo memuat naik gambar di Instagram berserta kepsyen yang seakan memberi gambaran isterinya hamil. Apapun jika benar berita ini semoga segalanya dipermudahkan. 

0 Response to ""Andai Ada Berita Gembira, Nanti Saya Maklumkan""

Post a Comment