
Kehadiran pelakon Ashraf Muslim di majlis anugerah bersama isteri isterinya ternyata mengundang reaksi warga laman sosial. Apa yang pasti, Ashraf mempunyai alasan kukuh demi menghargai kedua dua isterinya itu.
“Sebelum ini, saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama. “Diyana dan Sakina adalah kekuatan dan penyokong utama saya”
“Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri. “Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya malam ini,” katanya kepada BH Online.
Betul betul menghargai isteri Ashraf Muslim ini ya. Semoga ikatan kekeluargaan Ashraf Muslim akan terus utuh dan dilimpahi bahagia ditemani isteri isteri tercinta.
0 Response to "Ashraf Muslim Dedah Sebab Bawa Isteri Isteri Ke ABPBH"
Post a Comment