facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bonus RM1000 untuk setiap penjawat awam sempena Aidilfitri 2017



KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta

penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup

yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.

"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita

selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini. Katanya, beliau akan berjumpa dengan pihak kerajaan mengenai permohonan CUEPACS untuk bantuan kewangan itu bagi penjawat awam dalam masa dekat. Dalam pada itu,

beliau menafikan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa CUEPACS memohon umur persaraan penjawat dilanjutkan sehingga 65 tahun berbanding 60 tahun pada masa ini. "Itu tidak benar. Kita hanya minta naik gaji sahaja.

Kenyataan itu ternyata dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial," katanya. Tahun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. - BERNAMA




Ini Untuk Tahun Lepas Dapat RM500 , sikit je kan. Tahun ni Untung lah

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. — Bernama

0 Response to "Bonus RM1000 untuk setiap penjawat awam sempena Aidilfitri 2017"

Post a Comment