facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

INSIDEN VIRAL VIDEO KES SAMUN DAN ROGOL DI MEDIA SOSIAL YANG DIDAKWA BERLAKU DI PUCHONG KINRARA PADA 11 MEI 2017.

KENYATAAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH SERDANG

INSIDEN VIRAL VIDEO KES SAMUN DAN ROGOL DI MEDIA SOSIAL YANG DIDAKWA BERLAKU DI PUCHONG KINRARA PADA 11 MEI 2017.



1.   Berhubung dengan rakaman CCTV berkaitan dengan kes samun dan rogol yang tular di media sosial yang dikatakan berlaku di Puchong Kinrara, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan kejadian tersebut.

2. Setakat ini, pihak Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian samun dan rogol seperti yang tular di media sosial. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk untuk mengenalpasti lokasi kejadian dan juga mangsa serta saspek-saspek yang terlibat. Pihak  polis menyeru agar mangsa yang terlibat serta tuan punya premis untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

3.  Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan penyebaran berita tersebut sehingga dapat disahkan oleh pihak polis. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sekian, terima kasih.


0 Response to "INSIDEN VIRAL VIDEO KES SAMUN DAN ROGOL DI MEDIA SOSIAL YANG DIDAKWA BERLAKU DI PUCHONG KINRARA PADA 11 MEI 2017."

Post a Comment