POLIS menahan lebih 140 lelaki selepas menyerbu kelab gay di Jakarta : Polis Indonesia menahan lebih 140 lelaki selepas menyerbu apa disifatkan sebagai rangkaian pelacuran gay yang kekurangan tempat hiburan di utara ibu kota Jakarta, kata jurucakap polis hari ini.
Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata pihaknya menahan 141 orang yang melanggar undang-undang pornografi. Katanya, 10 suspek termasuk pemilik kelab dan beberapa kakitangan, sudah didakwa manakala yang lain sedang disoal siasat. Indonesia mempunyai undang-undang anti-pornografi yang ketat dengan pesalah boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.
Hukuman maksimum bagi memuat turun bahan lucah pula adalah empat tahun penjara atau denda 2 bilion rupiah (RM647,573). Serbuan malam semalam dilakukan berikutan kebimbangan terhadap tindak balas negatif komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Tansgender (LGBT) di negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia itu. Homoseksual tidak menyalahi undang-undang Indonesia, tetapi komuniti LGBT mula tertekan baru-baru ini selepas pegawai kerajaan tahun lalu mula meletakkan syarat terhadap fahaman aktivis ahlinya.
Minggu lalu, dua lelaki dihukum sebat di khalayak ramai di wilayah Aceh selepas didapati bersalah terbabit dalam seks sejenis. Ia adalah keputusan yang pertama sejak undang-undang anti-homoseksual diperkenalkan di wilayah itu pada tahun 2014.
0 Response to "Polis tahan lebih 140 lelaki, operasi kelab GAY !!!"
Post a Comment