facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ayu Raudhah Bakal Timang Bayi Perempuan


Sudah lama mengimpikan cahaya mata perempuan, akhirnya rezeki pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dimakbulkan apabila imbasan menunjukkan pasangan itu bakal menimang bayi perempuan. Bagaimanapun Ayu masih tidak pasti dimanakah beliau akan bersalin kerana mengikut jadual suaminya.
“Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahu kali ini saya mengandung anak perempuan. Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan. Selain berdebar untuk bersalin, saya juga berdebar kerana tak tahu akan bersalin di mana lagi”
“Sebab saya kena ikut jadual latihan Zaquan dan saya mungkin akan bersalin di Perak atau Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini,” katanya kepada Media Hiburanmengenai jantina anak ketiga mereka.
Terdahulu menerusi akaun Instagram, Ayu telah berkongsikan berita kehamilannya kepada peminat dengan memuat naik gambar beliau dan suami berserta kepsyen yang seakan memberitahu dirinya hamil. Rata-rata ramai yang gembira dan teruja ingin melihat anak ketiga selebriti itu. (rtky/w)

0 Response to "Ayu Raudhah Bakal Timang Bayi Perempuan"

Post a Comment