"Sementara itu, kemiskinan tegar sebenarnya telah hampir disifarkan kesemuanya. "Kerajaan ini juga telah berupaya mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak daripada 41 peratus pada 2009, kepada 14.7 peratus pada 2016, dengan mempelbagaikan sektor ekonomi sebagai sumber pendapatan negara," katanya.
Selain itu, Najib berkata, ketika ini, sebanyak 2.26 juta pekerjaan baharu pula berjaya diwujudkan iaitu 69 peratus daripada sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020. Pada masa sama, katanya, dalam tempoh enam tahun ini, negara berjaya mencapai Pendapatan Negara Kasar per Kapita pada tahap AS$10,010, sekali gus berjaya merapatkan jurang 33 peratus pada tahun 2010 (AS$8,230), kepada hanya 18 peratus ketika ini.
"Maksudnya, pelaksanaan NTP (Program Transformasi Nasional) oleh Kerajaan sebenarnya adalah satu usaha penting untuk membantu meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat Malaysia yang sewajarnya," katanya.
0 Response to " NTP: Kadar kemiskinan turun - NAJIB"
Post a Comment