Walaupun sering kali menafikan hubungan mesra dengan Zizan Razak namun masih ramai peminat berharap agar mereka benar-benar bercinta. Namun setiap kali diusik mengenai soalan itu, Mira Filzah akui masih tidak bosan menjawab pertanyaan peminat yang mahu lihat mereka bersama.
“Saya dan Zizan tidak bercinta, kami hanya kawan artis saja. Setakat ini saya masih tidak jemu menjawab soalan itu. Nak kata rimas, tak juga sebab saya yang pilih untuk membabitkan diri dalam bidang ini. Apa yang saya dapat lihat sekarang ini, peminat suka memadankan artis ini dengan artis itu.
“Buktinya, ramai peminat suka melihat Fattah Amin bercinta dengan Neelofa hingga diwujudkan #Loffattah. Satu lagi pasangan yang peminat ingin lihat bersatu, Ayda Jebat dengan Redza Rosli. Bagi saya kisah cinta itu sebagai satu trend yang dimahukan oleh peminat, pada hal artis tak ada apa-apa pun.
Sementara itu, menurut laporan terdahulu, Zizan ada memberitahu dirinya selesa berkawan dengan Mira dan pada ketika ini juga, Mira adalah wanita yang paling rapat dalam hidupnya. Namun hingga ke saat ini, kedua pihak masih tegas menafikan timbul perasaan cinta dalam hati.
0 Response to ""Peminat Yang Mahu, Padahal Kami Tidak Bercinta Pun""
Post a Comment