facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

"Saya Artis Yang Sendu-Sendu Sahaja"


Biarpun sudah lama berada dalam industri hiburan dan merupakan antara artis senior, Fazura tidak pernah merasakan dirinya sebagai selebriti popular. Malah akuinya lagi, masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya untuk memperbaiki kelemahan diri.
“Sejujurnya saya tak pernah meletakkan diri saya sebagai selebriti popular. Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian”
“Saya juga merupakan seorang artis yang sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah. Apa yang penting saya melakukan yang terbaik dalam perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon,” katanya kepada Astro Gempak.
Perjalanan Fazura di dalam bidang seni bukanlah indah, disebalik kehebatannya membawa pelbagai watak dalam bidang lakonan, tidak ramai yang menggemari bakatnya didalam nyanyian. Bagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat Fazura untuk terus berusaha mengasah bakatnya.
Terbaru drama bersiri Hero Seorang Cinderella sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen, lakonan Fazura dan fattah Amin. Dikhabarkan gandingan mereka merupakan fenomena baru selepas Lofattah, lakonan Neelofa dan Fattah, siap ada yang menggelarkan Fattzura

0 Response to ""Saya Artis Yang Sendu-Sendu Sahaja""

Post a Comment