Sunday, 21 May 2017
37 ditahan sertai pesta dadah
BATU PAHAT: Seramai 37 termasuk remaja ditahan dalam 'pesta dadah' di sebuah pusat peranginan di Minyak Beku, dekat sini, pagi tadi. Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat membuat serbuan ke pusat peranginan berkenaan pada jam 7 pagi selepas mendapat makluman awam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata polis mendapat aduan ada bunyi bising di dua unit bilik penginapan di situ sebelum menghantar anggota polis membuat pemeriksaan.
Katanya, siasatan awal mendapati 'pesta dadah' itu dianjurkan setiap hujung minggu sejak Januari lalu di lokasi berbeza bagi mengelak aktiviti haram mereka dihidu pihak berkuasa. "Ketika serbuan ada sekumpulan remaja sedang menari dan berhibur dengan muzik yang kuat dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. "Seramai 27 lelaki dan 11 perempuan berusia di antara 19 hingga 32 tahun dipercayai dalam keadaan khayal dan di bawah pengaruh dadah ditahan.
"Polis turut merampas peralatan muzik yang dibawa. Semua suspek ditahan untuk ujian air kencing selain menganjurkan pesta hiburan tanpa permit. "Hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 24 tahun adalah penganjur utama pesta dadah berkenaan, " katanya dalam kenyataan hari ini. Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953.
0 Response to "37 ditahan sertai pesta dadah"
Post a Comment