facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

BILA JUARA BESUARA - "Azizulhasni lebih selesa berlatih di Australia"


KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, tidak bersetuju dengan cadangan untuk memindahkan pusat latihan skuad berbasikal trek negara dari Melbourne ke Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan. Kata juara keirin dunia itu, beliau lebih selesa berlatih di negara itu yang menjadi kem latihannya sejak 10 tahun lalu kerana ia mempunyai kemudahan terbaik di dunia selain jadual pertandingan yang sistematik. 

"Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) boleh pindahkan atlet di bawah program mereka dari Melbourne ke negara ini tetapi saya berada di bawah Program Podium di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). "Kalau KBS cakap saya kena pulang ke tanah air, saya akan pulang. Namun, mengikut perancangan ketika ini adalah kekal menjalani latihan di Australia.

 Sudah terbukti sepanjang 10 tahun berada di sana, ia banyak membantu saya meraih kejayaan cemerlang," katanya. Dalam perkembangan lain, Azizulhasni mengesahkan akan menyertai dua pusingan awal Kejohanan Trek Piala Dunia bagi memburu tiket ke Kejohanan Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda. Beliau akan menyertai pusingan pertama siri itu di Pruszkow, Poland pada 4-5 November serta pusingan kedua di Manchester, England pada 10-12 November. 

Azizulhasni yang juga Duta CIMB berkata, penyertaan berkenaan penting untuk semua pelumba trek bagi mengutip mata untuk melayakkan diri ke kejohanan dunia. "Saya dan jurulatih, John Beasley masih belum mengadakan perbincangan lanjut mengenai kejohanan yang bakal saya sertai selepas Kejohanan Dunia di Hong Kong, baru-baru ini. "Tapi, perancangan awal beliau adalah untuk saya menyertai dua pusingan awal Piala Dunia sebelum kembali berlatih di Melbourne, Australia," katanya ketika ditemui di Pameran Kerjaya Siswazah dan Lepasan Ijazah 2017, di sini.

0 Response to "BILA JUARA BESUARA - "Azizulhasni lebih selesa berlatih di Australia""

Post a Comment