facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Erra Fazira Enggan Kejar Jodoh, Berserah Pada Tuhan


Jika difikirkan, lemau juga apabila sering ditanya mengenai soalan yang sama berkaitan jodoh namun bagi Erra Fazira, dia tidak mahu menjadikan isu tersebut sebagai membebankan serta tidak menjadikan cinta sebagai prioriti.
“Dalam fasa sekarang, saya lebih terbuka dan senang dengan mengambil keputusan just go with the flow. Sebab bagi saya, soal jodoh adalah urusanNya. Kalau nak tunggu jodoh tu datang bergolek, kita pun tak tahu bila”
“Macam yang saya cakap tadi, itu bukan urusan kita pun. Jadi apa yang boleh saya katakan pada masa sekarang ialah, saya tidak mencari. Biarlah saya fokus dengan apa yang dilakukan sekarang. Kalau ada jodoh, adalah. Saya positif saja,” katanya kepada Media Hiburan.
Namun menurut Erra, ia bukanlah bermaksud bahawa dia menutup pintu hati untuk lelaki namun lebih senang menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan. 

0 Response to "Erra Fazira Enggan Kejar Jodoh, Berserah Pada Tuhan"

Post a Comment