facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Menarik !! Lagu Pisang Goreng Ini !!

Apabila tiba waktu minum petang antara menu popular yang menjadi pilihan ramai adalah pisang goreng sama ada digoreng sendiri ataupun yang dibeli dari gerai berdekatan dan pasti ramai yang tidak menolak pisang goreng yang panas-panas dan ranggup.
Diilhamkan dari menu ini, seorang penyanyi muda, Sid Murshid telah mengeluarkan single lagu rock terbarunya yang bertajuk ‘Pisang Goreng Power’ yang mendapat perhatian ramai orang kerana keunikan lagu tersebut.
Kami pasti jika anda mendengarnya untuk pertama kali pasti akan tersenyum atau tergelak kerana liriknya bercerita tentang pisang goreng yang sentiasa digemari oleh orang ramai.
Lagu seperti ini mendapat perhatian ramai kerana berasa dekat dengan situasi yang ramai orang lalui setiap hari.
“Makanlah pisang goreng, pasti kau tak akan lupakan rasanya, dengarlah ku goreng gitar pula” antara lirik yang terlekat dalam kepala kami selepas mendengar lagu ini buat pertama kalinya.
Ditambah pula dengan video klip yang dilakonkan dengan penuh jiwa memang buat sesiapa sahaja terbayangkan pisang goreng panas-panas untuk minum petang ini.
Selain lagu ini Sid Murshid juga mempunyai beberapa lagu lain seperti ‘Di Hati’ yang diciptanya sendiri.

0 Response to "Menarik !! Lagu Pisang Goreng Ini !!"

Post a Comment