facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Curi tumpuan, Aaisyah Dhia Rana 'catwalk' pertama kali



ROZITA Che Wan bersama Aaisyah pada pertunjukan fesyen Minaz Blooming Raya 2017. KUALA LUMPUR: Pada usia dua setengah tahun, gelagat Aaisyah Dhia Rana yang melakukan 'catwalk' pertama kali bersama ibunya, Rozita Che Wan pada pertunjukan fesyen Minaz Blooming Raya 2017 mencuri tumpuan ramai. 

Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta berkata, penampilan Aaisyah bersahaja walaupun banyak mata memerhatikan pergerakannya sepanjang berjalan di aras pentas peragaan itu. "Pengalaman 'catwalk' dengan Aaisyah menyeronokkan. Dia tampak teruja malah tidak meragam. Saya gementar juga menunggu reaksinya kerana ini kali pertama dia tampil di pentas peragaan," katanya kepada BH Online. 

Majlis pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri itu diadakan serentak dengan pengumuman Che Ta sebagai duta Minaz selama setahun bermula April lalu. Mengenai keputusan membawa anak kecilnya itu 'catwalk', katanya ia adalah bersandarkan keperluan kerana koleksi Syawal yang diwakili itu turut menonjolkan Aaisyah mewakili golongan si kecil. "Koleksi ini adalah untuk ibu dan anak. 

Tambahan pula Minaz diakui menyediakan persalinan yang cantik untuk kanak-kanak. Koleksi mereka memudahkan ibu mencari baju raya sedondon dengan anak perempuan mereka," katanya yang bakal muncul dalam telefilem sempena Syawal, Gitu Gitu Raya.


ROZITA Che Wan bersama Aaisyah.



0 Response to "Curi tumpuan, Aaisyah Dhia Rana 'catwalk' pertama kali"

Post a Comment