facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Suspek Kes Bunuh Isteri - Layak bawa pistol




MIRI: Anggota polis dari daerah Belaga yang didakwa menembak mati teman wanitanya, mempunyai kebenaran membawa pistol kerana masih bertugas selepas menghadiri taklimat polis di Kuching. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor, berkata mengikut standard operasi prosedur (SOP), anggota itu berhak menyimpan pistol yang dibawanya. 


"Pistol dan peluru itu sudah dirampas manakala suspek yang berstatus duda itu sudah ditahan untuk prosedur reman petang ini. "Pistol dibawanya untuk kegunaan mencegah jenayah perlu diserahkan ke balai jika tidak bertugas," katanya pada media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Miri, hari ini. 


Dalam kejadian jam 3.15 petang kelmarin, seorang suri rumah ditemui mati selepas dipercayai ditembak di sebuah rumah di Kampung Kakai, Serian kira-kira 100 kilometer dari Kuching. Siti Nadirah Abdullah, 33, dikatakan adalah teman wanita kepada seorang pegawai polis.

0 Response to "Suspek Kes Bunuh Isteri - Layak bawa pistol "

Post a Comment